Sunday, March 20, 2011

The Kitty Mania

"eh?"
"awak dengar x?"
"apa dia?"
"dengarlah. bunyi lagi"
"!!!'
meow
meow
"kucing orang agaknya. biarlah"
"lain macam je bunyinya. saya nak pergi tengok kejaplah"
"aduh! mula la dia buat hal"
"rasa macam dari sana, jom la"

"ha! tu dia. jumpa pon"
meow
"wah,comel nye anak kucing ini!"
"yalah tapi kucing ni dah besar. dah boleh hidup sendiri. biar je lah."
"awak neh sampai ati nak tinggalkan anak kucing camtu je..tengok..jinak betul anak kucing ne.."
*hulur tangan nak belai bulu kucing*
mew
Chomp~
*gigit jari*
"dia gigit awaklah. tak sakit ke?"
"kesian anak kucing neh. entah dah berapa hari kucing ni xmakan"
Grr
"garang nya anak kucing neh.xpayahlah ambik dia"
"takder lah. dia terperanjat sebab tetiba je saya hulur tangan"
"mari lah, jangan takut.aku xkan apa-apakan kau"
meow
*jilat*
"tengok. jinak kn?"
*jilat-jilat lagi*
"hehehe.. geli la. manja betul kau neh. jom, kat umah ada ramai kawan"
"alamak! habis la! dah sampai sini aku xboleh buat apa dah"

"kitorang dah balik"
"eh, sekor pon xda. semuanya main kt belakang"
fwiiitt
*bersiul*
meow
nyau
meow
nyau
"tengok neh, korang dapat kawan baru."
"kucing baru lagi?"
"maaf makcik. saya dah cuba halang dia tadi tapi xberjaya."
"takperlah. makcik kenal sangat dengan anak makcik tu..kalau ikutkan, semua kucing kat kawasan neh dia nk bawak balik."
"ya.saya xkisah sangat sebenarnya.saya pon bela kucing kat umah tapi xde la sampai 15 ekor"
"16 sebenarnya, termasuk ni 17 ekor"
"hah? bila tambah lagi sekor? saya xtahu pon"
"dua hari lepas faris bawak balik. kamu xda masa tu"
"aduh, berapa banyak lagi dia nk kumpul neh? ni bukan minat kucing namanya tapi fanatik"
"kamu sorang je lah yang tahan perangai dia tuh Misha"
"senyum"








p/s : sayangi lah kucing anda!

Sunday, March 6, 2011

Ragam Manusia~

jumaat lepas, aku sangkut kat KL Sentral 3 jam.. aku nak balik ke Ipoh.. tiket aku pukul 9:30 tapi aku dah sampai KL Sentral pukul 6 petang..so, aku tunggu la kt area KFC tepi area menunggu..agak-ahak korang, muka aku neh mcm muka minah penjaga barang ke?? ada sampai tiga orang tegur aku mnta tolong jagakan beg diorg.. aku pon agree je walhal aku terpikir kalau dalam beg neh ada dadah, apa jadi kt aku??seram.. while aku menunggu, aku pon online sambil main games sambil pasang teliga..nak tau x apa yg aku dengar??  


Area belakang..
lelaki vs lelaki..
"zam, ko nampak x?"
"nampak apa?"
"awek yang pakai baju kuning tuh."
"yang pakai legging hitam tu ke?"
"bukan la."
"abis yang mana?"
"yang pregnant tu la."
"tuh bukan awek la samdol. tuh mak budak."
"tapi aku tgk dia seksi la."
"seksi?? aku rasa dia pakai baju biasa je."
"ntah la. geram aku tgk. aku agak body dia mesti cantik."
"ke situ ko pikir. apa punya otak da?''
"nak buat camne? aku ngan awek pregnant neh mmg berselera."
"bla..bla..bla.."
oke, aku xnk dengar pape dah..


area kanan..
perempuan vs perempuan..
"eh,kamo rasa kite sesuai x kalau pakai dress warna cerah?"
"kite rasa ok kot. kamo xda la gelap sangat. kaler light purple ok la."
"xnk la, nampak macam kite gelap."
"kaler pink?"
"xnak la, nampak macam kita budak-budak."
"kaler putih?"
"xnak la, nnti kita nmpk kontra."
"kaler hitam?"
"xnak jugak. kita nampak xmenonjol."
"kaler merah?"
"nampak macam pengoda la. xnak."
"kaler kuning?"
"xsesuai untuk kulit kita."
"kaler campur-campur?"
"kamo ingat kite neh nak jadi badut ke pakai kaler campur-campur."
"kaler biru mesti ok. biru laut."
"erm. biru laut tu kaler apa?"
"biru yang seakan-akan hijau."
"owh. xnak. kita nampak pendek la. kaler lain la."
"kamo rasa kaler apa yang kamo nak?"
"kite pon xtahu."
"bla..bla..bla.."
haih, nak pilih kaler pon perlu consultant ke?? mengada and menyampah oke..

area kiri..
lelaki vs perempuan..
"awak msg sapa tuh?"
"kawan saya."
"lelaki ke perempuan."
"lelaki."
"awak msg dia nanti je la. kan kita sekarang tgh makan sebelum train saya sampai."
"iye. saya tahu tapi dia ada masalah."
"masalah apa?"
"masalah lelaki."
"saya nak baca."
"dia xkasi saya gtau sesapa."
"awak boleh tolong order kan snack plate x?"
"nak buat apa? kan kite tengah makan ni?"
"karang saya lapar. kedai makan kt umah saya tutup."
"ok. bak duit."
"pakai la duit awak. lagi pon awak kn nk balik. so,nnti kat umah xpakai duit kn."
"ye lah. kejap ye."
si perempuan pon pergi ke kaunter..
" hai, baby sihat? b dgn mak sekarang. sbb tu xdapat call baby."
"merajuk la. b lambat call baby."
" jangan la merajuk. b belikan KFC nak?"
"ye ke? thank. baby sayang b."
"eh, b call nnti ek, mak b dah datang. bye."
"awak call sapa tadi?"
"tadi? housemate saya call, otw balik umah nnti singgah beli barang sikit."
"owh. ni kfc awak."
"thanks."
"bla..bla..bla.."
kes neh aku mmg xtau nak kata pape. mmg spesis laki xguna. patut bia je train lenyek sampai mati.

area depan..
perempuan celup dengan kawannya..
"you."
"ye. nape?"
"bulu misai u nampak ketara."
"ye ke?"
"nah cermin. u tengok la."
"aah la. nampak."
"macam mana neh? beg make up I kat dalam beg besar tuh. shaver I pon dalam tu tau."
"kita pergi watson kat bawah la beli."
"malu la nak pergi. nnti orang nmpk muka i ada misai."
"xpe, you stay sini. bia i beli. cover muka you jangan sampai orang nampak."
"cepat la nyah."
"bla..bla..bla.."
yang neh aku xtau nak cakap apa. lawak betol.

time nak naik train..
makcik pregnant vs beg-beg berat..

"makcik, nak saya tolong ke?"
"eh xpe, bia makcik bawa sendiri."
"makcik mengandung kan? bia la saya tolong bawak beg makcik."
"xpe, beg makcik ringan je."
"boleh ke tu? kang makcik jatuh pulak."
"xpe, adik naik la dulu."
"kalau makcik xpape, saya naik dulu la."
alahai makcik, saya bukan nk mencuri. saya nak tolong je.


p/s: makcik tu duduk belakang seat aku je. time turun, aku tolong dia angkat beg tuh. mak ai, berat gile~

Wednesday, March 2, 2011

Coretan minda~

" sayang, u janji nk teman i tgk wayang hujung minggu ni."
"iye. nanti i book tiket ek."

5 minit kemudian..

"awak, mcm mana kalau hujung minggu ni kita pergi kursus kahwin tu. dah lama kita tunda."
"saya ada presentation la. next time ye awak."
"ok."

hujung minggu..
di TGV..

"best kan cite tadi. thanks sayang. u mmg feveret i."
" i sayang u juga."
"awak buat presentation kat TGV ye."
"eh, apa awak buat kt sini?"
"u,siapa dia ni? kawan kolej u ek? hai, i aida. gf amran."
"saya ain, kawan baik amran."
"owh. you, jom la. td cakap nk teman i shopping."
"err.."
"saya balik dulu ye. nice to meet you aida."

seminggu kemudian..

"awak, sabar la.mungkin ada hikmah nya."
"entah la.saya dah patah hati."
"awak, kalau awak bagi peluang pada saya. saya akan buat awak gembira"
"maksud awak?"
"saya sebenarnya dah lama sukakan awak."
"......"
"minggu depan saya suruh mak saya merisik awak."
"awak pasti ke asyraff?"
"ye."

di rumah amran..

"weh, kau xkesian ke kt ain?"
"ala, nanti dia ok la tu.aku jamin xsampai seminggu dia cari aku balik."
"ye ke?"
"ye. aku tau dia sayang aku. dah lima tahun kami couple."

seminggu kemudian..

"am, aku dengar ain nk bertunang."
"tipu la. khabar angin je tu. mesti ain reka cerita nk aku balik pada dia la tu."
"terpulang pada kau."

sebulan kemudian..

"aku terima nikahnya Nur Ain binti Azam dengan mas kahwin rm2000 tunai."
"sah?"
"sah."
"sah."
"sah."
"amin."

di rumah amran..

"weh, kau ok ke?"
"ala, setakat ain, aku xheran la. aida lagi cun la."
"aku harap kau xmenyesal la am. aida tu jenis xboleh pakai la."
"kau xpayah la nak buruk-burukkan dia."
"ikut suka kau la."

esok nya..

"u, i nk ajak u pergi makan nak x?"
" sorry la am, i ada janji dengan putra nak shopping."
"i kan bf u, kenapa nak u nak kuar dgn lelaki lain."
" u bosan la. asyik xboleh je. xsopan la. ok la i dah lambat. bye."



p/s : padan muka ko~



Tuesday, February 8, 2011

Indah

Orang di utara kata, langit itu indah.
Aku diam.

Orang di selatan kata, laut itu indah.
Aku diam.

Orang di timur kata, matahari itu indah.
Aku diam.

Orang di barat kata , bulan itu indah.
Aku diam.


Orang di utara, selatan, timur dan barat terdiam bila aku berkata,


Awak la yang paling indah..



p/s : saya rindu awak la..

Monday, January 31, 2011

Doraemon..

Siapa pernah tengok cerita Doraemon?? Pasti semua orang pernah tengok kan. Cerita ni salah satu cerita kegemaran aku. Sapa yang xsuka cerita ni memang la xfun hidup dia. Biar aku cerita serba sedikit pasal watak dan perwatakan yang ada dalam cerita ni.

Doraemon1-robot masa depan yang dihantar utk membantu Nobita.2-ada poket yang boleh keluarkan macam2 benda yang sangat berguna.3-sangat takut dgn tikus.4-sangat suka dorayaki.5-selalu membantu Nobita dan rakan2nya menyelesaikan masalah.6-berperanan sbg penyelamat Nobita.

Nobita Nobi1-seorang budak pakai spek, berbaju kuning berkolar putih dengan seluar pendek biru manjang.2-sangat PEMALAS.3-memang xpandai langsung.4-selalu bernasib malang.5-sangat lemah dalam sukan dan selalu dibuli.6-dia ni manjang mengharapkan bantuan Doraemon je.7-Nobita akan kahwin dgn Shizuka dan dikurniakan anak lelaki yang suka membuli anak Giant.

Shizuka Minamoto1-seorang yg bijak, baik dan cantik.2-diminati oleh Nobita.3-watak perempuan yang ada dalam cerita Doraemon.4-sangat suka mandi.5-terpaksa belajar piano tetapi meminati violin.6-akan menjadi isteri Nobita atas bantuan Doraemon.

Takeshi Goda1-dikenali sbg Giant.2-seorang yang besar, kuat, panas baran dan suka membuli.3-dia sangat suka menyanyi walaupun suaranya sangat sumbang.4-suka membantu kawan-kawannya bila menghadapi masalah.5-hanya takut dengan maknya.

Suneo Honekawa1-muka ala-ala musang (macam mak dia).2- kaya dan suka menunjuk kekayaannya kpd orang lain.3-berperanan sbg pembantu Giant dalam membuli Nobita.4-suka memuji diri di depan cermin dan kencing malam.


p/s : kadang2 aku menyampah dan sakit ati tengok ke-bangan-an Nobita~


Sunday, January 30, 2011

Koleksi 1 ~

Salam carrot_baby..
Hari ini kerajinan aku pada tahap baik. Aku terasa mahu mengemas almari. Dalam keadaan semak dan selerak, sempat aku melirik ke arah timbunan tudung pelbagai warna dan jenis. Aku terfikir kenapa banyak sangat tudung yang aku perlukan padahal aku hanya punya satu kepala. Aku ingat nak berkongsi koleksi tudungku.

Ini tudung bawal. Aku pon hairan kenapa orang kasi tudung neh nama tudung bawal macam nama ikan jek. Ini antara koleksi tudung bawal aku. Macam-macam pattern dan design.

Ini tudung apa erk? Aku pun xpasti. Aku selalu guna tudung neh macam pakai selendang. Agak susah nk bentuk tudung neh. Kain jenis neh licin dan kasar.


Ini pulak selendang. Aku sebenarnya jarang juga berselendang kecuali aku rasa aku rajin mau melilit selendang depan cermin berjam-jam. Aku bukan pandai sangat melilit benda alah neh. Sekadar hentam keromo janji aku selesa.


Ini pulak tudung ariani dan syiria. Haih, banyak. Tudung neh paling senang sekali. Sarung jek. Kalau nak cantik hias la dengan keronsang yang cumil2~


Kredit pada minah neh. Sebab minah neh la aku dapat idea untuk update blog.
I LOVE you dear.



p/s : Agak2 korang, brapa banyak tudung aku sebenarnya?



Thursday, January 27, 2011

Puisi...

~Kau yang tidak mampu kumiliki secara mutlak~

~Kau yang tidak mampu kumiliki sebagai hak~

~Namun kau akan ku cintai tanpa talak~




Wednesday, January 26, 2011

Carrot_Baby and Quotes~

Hari ini aku ada namakan blog aku carrot_baby. Dah lama aku xpakai nick neh. Masa zaman aku sekolah dulu, nick neh la yang jadi trademark aku. Aku beli sticker banyak2 then aku tulis nick neh atas sticker tuh pastuh tampal la kt barang2 aku.
oke, itu pengenalan untuk nama blog aku. Itu untuk blog aku. Tahun baru neh, aku ingin merajinkan diri untuk meng-update blog.

Selain itu, aku suka kumpul quotes. Antara quotes yang ada dalam simpanan aku :

Destiny for a losers. Its just a stupid excuse to wait for things to happen instead of making them happen~

The one thing we can never get enough of is LOVE and the one thing we can never give enough of is LOVE~





Tuesday, January 18, 2011

Aiman~

Lapar..
Tetiba jek teringin nk menjamu selera dan makan barat.Lalu aku menapak ke restoran western berhampiran.
Masuk.
Duduk.
5 saat kemudian...
"Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?"
Comel.
"I want chicken chop with black paper sauce and chocolate blended."
Pergh..Speaking kot!
"Dats all?"
Huh,speaking gak mamat neh. Xnak kalah~
5 minit kemudian..
"This is your order."
"Terima kasih."
Apa lagi tunggu? aku bedal la dengan penuh nikmat. Sedap gak makanan kt sini tp xdak sapa pon kt sini. Baru aku prasan aku jek customer restoran neh. Lantak ah.
"Kak."
Baju blaus putih ku ditarik perlahan. ARGHH. Pantang bila aku makan ada jek makhluk yg menganggu. Neh yg hangin satu badan neh.
"Kak."
"Aku pusing dgn niat nk sound makhluk neh. Kelihatan budak comot yang menganggu santapan aku.
"Kak, bagi saya duit. Saya lapar."
Mati amarah aku. Kesian pulak aku tgk bdk neh. Aku jeling cashier di kaunter. Lalu aku capai handbag Guess aku. Aku meraba2 mencari sesuatu. Ku jeling lagi cashier di kaunter.
"Adik ikut abang main di luar ye."
Mungkin waiter td tahu aku tidak suka akan situasi sebegini.
"Xpe, bia jekbudak niekt sini."
Dia jeling cashier di kaunter. Cashier tu angguk je. Dia pon blah. Aku pon keluarkan sapu tangan dr beg aku lalu aku lap muka budak comot ni.
"Adik, ikut kakak pg cuci tangan dan muka dulu ye."
Budak tu ikut ja arahan aku. Lepas tu kami kembali ke meja makan.
"Adik nama apa? Mana mak ayah adik?"
"Aiman. Mak dgn ayah dah xda."
"Kak, nak duit."
"Aiman lapar?"
Aiman sekadar mengangguk.
"Aiman nk makan apa?"
Aiman pandang sekeliling.
"Aiman xtahu."
Fikir seketika.
" Waiter. Saya nak hidangan ni."
Tangan ku menunding ke pd hidangan happy meals. Gabungan fries, Ayam goreng, sosej, nugget serta bun.
" Dengan chocolate blended."
10 minit kemudian..
"Cik, ini bill. Bayar di kaunter."
Aku tenung bil tu agak lama. Rm 47.40 sen. Aku bangun diikuti Aiman. Berjalan ke kaunter. Purse Guess di buka.
RM 30 dalam beg duit.
Mati.
Aku tengok Aiman.
Aiman tengok aku.
Aku hulurkan kad kredit abah aku. "Abah, pinjam duit ye."monolog sendirian.
" Ok cik, tanda tangan di sini."
Aku sign.
"Terima kasih, datang lagi!"
"Aiman nk pg mana lepas neh?"
"Aiman nk balik."
"Kakak anta ye."
" Xboleh. Nnti abang Aiman marah kalau Aiman bawa balik orang yg Aiman xkenal ke umah."
Cis! Budak 4 tahun neh. Kau dah 'pau' aku pastu cakap aku neh orang yang xdikenali. Lahanat.
Tetap senyum.
"Umah Aiman kt mana?"
"Xboleh cakap."
"Xpe la. Aiman balik umah ati2 ye."
Aiman angguk lalu menghulurkan tangan nya.
"Nak duit ke budak neh." Monolog dalam hati.
Aiman capai tangan aku then salam. Terkesima seketika.
"Terima kasih kak. Aiman sayang kak."
Aiman berlalu pergi. Aku masih kaku. Mata ku masih memerhati Aiman berlalu.
"Selamat jalan Aiman." Bisik ku sendirian. Lalu berlalu pulang~



Suatu ketika di rumah..
"Eh, macam mana boleh org guna kad kredit abah time kad kredit abah ilang?"
Aku senyum sendirian~