Sunday, January 30, 2011

Koleksi 1 ~

Salam carrot_baby..
Hari ini kerajinan aku pada tahap baik. Aku terasa mahu mengemas almari. Dalam keadaan semak dan selerak, sempat aku melirik ke arah timbunan tudung pelbagai warna dan jenis. Aku terfikir kenapa banyak sangat tudung yang aku perlukan padahal aku hanya punya satu kepala. Aku ingat nak berkongsi koleksi tudungku.

Ini tudung bawal. Aku pon hairan kenapa orang kasi tudung neh nama tudung bawal macam nama ikan jek. Ini antara koleksi tudung bawal aku. Macam-macam pattern dan design.

Ini tudung apa erk? Aku pun xpasti. Aku selalu guna tudung neh macam pakai selendang. Agak susah nk bentuk tudung neh. Kain jenis neh licin dan kasar.


Ini pulak selendang. Aku sebenarnya jarang juga berselendang kecuali aku rasa aku rajin mau melilit selendang depan cermin berjam-jam. Aku bukan pandai sangat melilit benda alah neh. Sekadar hentam keromo janji aku selesa.


Ini pulak tudung ariani dan syiria. Haih, banyak. Tudung neh paling senang sekali. Sarung jek. Kalau nak cantik hias la dengan keronsang yang cumil2~


Kredit pada minah neh. Sebab minah neh la aku dapat idea untuk update blog.
I LOVE you dear.



p/s : Agak2 korang, brapa banyak tudung aku sebenarnya?



No comments:

Post a Comment