Monday, January 31, 2011

Doraemon..

Siapa pernah tengok cerita Doraemon?? Pasti semua orang pernah tengok kan. Cerita ni salah satu cerita kegemaran aku. Sapa yang xsuka cerita ni memang la xfun hidup dia. Biar aku cerita serba sedikit pasal watak dan perwatakan yang ada dalam cerita ni.

Doraemon1-robot masa depan yang dihantar utk membantu Nobita.2-ada poket yang boleh keluarkan macam2 benda yang sangat berguna.3-sangat takut dgn tikus.4-sangat suka dorayaki.5-selalu membantu Nobita dan rakan2nya menyelesaikan masalah.6-berperanan sbg penyelamat Nobita.

Nobita Nobi1-seorang budak pakai spek, berbaju kuning berkolar putih dengan seluar pendek biru manjang.2-sangat PEMALAS.3-memang xpandai langsung.4-selalu bernasib malang.5-sangat lemah dalam sukan dan selalu dibuli.6-dia ni manjang mengharapkan bantuan Doraemon je.7-Nobita akan kahwin dgn Shizuka dan dikurniakan anak lelaki yang suka membuli anak Giant.

Shizuka Minamoto1-seorang yg bijak, baik dan cantik.2-diminati oleh Nobita.3-watak perempuan yang ada dalam cerita Doraemon.4-sangat suka mandi.5-terpaksa belajar piano tetapi meminati violin.6-akan menjadi isteri Nobita atas bantuan Doraemon.

Takeshi Goda1-dikenali sbg Giant.2-seorang yang besar, kuat, panas baran dan suka membuli.3-dia sangat suka menyanyi walaupun suaranya sangat sumbang.4-suka membantu kawan-kawannya bila menghadapi masalah.5-hanya takut dengan maknya.

Suneo Honekawa1-muka ala-ala musang (macam mak dia).2- kaya dan suka menunjuk kekayaannya kpd orang lain.3-berperanan sbg pembantu Giant dalam membuli Nobita.4-suka memuji diri di depan cermin dan kencing malam.


p/s : kadang2 aku menyampah dan sakit ati tengok ke-bangan-an Nobita~


Sunday, January 30, 2011

Koleksi 1 ~

Salam carrot_baby..
Hari ini kerajinan aku pada tahap baik. Aku terasa mahu mengemas almari. Dalam keadaan semak dan selerak, sempat aku melirik ke arah timbunan tudung pelbagai warna dan jenis. Aku terfikir kenapa banyak sangat tudung yang aku perlukan padahal aku hanya punya satu kepala. Aku ingat nak berkongsi koleksi tudungku.

Ini tudung bawal. Aku pon hairan kenapa orang kasi tudung neh nama tudung bawal macam nama ikan jek. Ini antara koleksi tudung bawal aku. Macam-macam pattern dan design.

Ini tudung apa erk? Aku pun xpasti. Aku selalu guna tudung neh macam pakai selendang. Agak susah nk bentuk tudung neh. Kain jenis neh licin dan kasar.


Ini pulak selendang. Aku sebenarnya jarang juga berselendang kecuali aku rasa aku rajin mau melilit selendang depan cermin berjam-jam. Aku bukan pandai sangat melilit benda alah neh. Sekadar hentam keromo janji aku selesa.


Ini pulak tudung ariani dan syiria. Haih, banyak. Tudung neh paling senang sekali. Sarung jek. Kalau nak cantik hias la dengan keronsang yang cumil2~


Kredit pada minah neh. Sebab minah neh la aku dapat idea untuk update blog.
I LOVE you dear.



p/s : Agak2 korang, brapa banyak tudung aku sebenarnya?



Thursday, January 27, 2011

Puisi...

~Kau yang tidak mampu kumiliki secara mutlak~

~Kau yang tidak mampu kumiliki sebagai hak~

~Namun kau akan ku cintai tanpa talak~




Wednesday, January 26, 2011

Carrot_Baby and Quotes~

Hari ini aku ada namakan blog aku carrot_baby. Dah lama aku xpakai nick neh. Masa zaman aku sekolah dulu, nick neh la yang jadi trademark aku. Aku beli sticker banyak2 then aku tulis nick neh atas sticker tuh pastuh tampal la kt barang2 aku.
oke, itu pengenalan untuk nama blog aku. Itu untuk blog aku. Tahun baru neh, aku ingin merajinkan diri untuk meng-update blog.

Selain itu, aku suka kumpul quotes. Antara quotes yang ada dalam simpanan aku :

Destiny for a losers. Its just a stupid excuse to wait for things to happen instead of making them happen~

The one thing we can never get enough of is LOVE and the one thing we can never give enough of is LOVE~





Tuesday, January 18, 2011

Aiman~

Lapar..
Tetiba jek teringin nk menjamu selera dan makan barat.Lalu aku menapak ke restoran western berhampiran.
Masuk.
Duduk.
5 saat kemudian...
"Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?"
Comel.
"I want chicken chop with black paper sauce and chocolate blended."
Pergh..Speaking kot!
"Dats all?"
Huh,speaking gak mamat neh. Xnak kalah~
5 minit kemudian..
"This is your order."
"Terima kasih."
Apa lagi tunggu? aku bedal la dengan penuh nikmat. Sedap gak makanan kt sini tp xdak sapa pon kt sini. Baru aku prasan aku jek customer restoran neh. Lantak ah.
"Kak."
Baju blaus putih ku ditarik perlahan. ARGHH. Pantang bila aku makan ada jek makhluk yg menganggu. Neh yg hangin satu badan neh.
"Kak."
"Aku pusing dgn niat nk sound makhluk neh. Kelihatan budak comot yang menganggu santapan aku.
"Kak, bagi saya duit. Saya lapar."
Mati amarah aku. Kesian pulak aku tgk bdk neh. Aku jeling cashier di kaunter. Lalu aku capai handbag Guess aku. Aku meraba2 mencari sesuatu. Ku jeling lagi cashier di kaunter.
"Adik ikut abang main di luar ye."
Mungkin waiter td tahu aku tidak suka akan situasi sebegini.
"Xpe, bia jekbudak niekt sini."
Dia jeling cashier di kaunter. Cashier tu angguk je. Dia pon blah. Aku pon keluarkan sapu tangan dr beg aku lalu aku lap muka budak comot ni.
"Adik, ikut kakak pg cuci tangan dan muka dulu ye."
Budak tu ikut ja arahan aku. Lepas tu kami kembali ke meja makan.
"Adik nama apa? Mana mak ayah adik?"
"Aiman. Mak dgn ayah dah xda."
"Kak, nak duit."
"Aiman lapar?"
Aiman sekadar mengangguk.
"Aiman nk makan apa?"
Aiman pandang sekeliling.
"Aiman xtahu."
Fikir seketika.
" Waiter. Saya nak hidangan ni."
Tangan ku menunding ke pd hidangan happy meals. Gabungan fries, Ayam goreng, sosej, nugget serta bun.
" Dengan chocolate blended."
10 minit kemudian..
"Cik, ini bill. Bayar di kaunter."
Aku tenung bil tu agak lama. Rm 47.40 sen. Aku bangun diikuti Aiman. Berjalan ke kaunter. Purse Guess di buka.
RM 30 dalam beg duit.
Mati.
Aku tengok Aiman.
Aiman tengok aku.
Aku hulurkan kad kredit abah aku. "Abah, pinjam duit ye."monolog sendirian.
" Ok cik, tanda tangan di sini."
Aku sign.
"Terima kasih, datang lagi!"
"Aiman nk pg mana lepas neh?"
"Aiman nk balik."
"Kakak anta ye."
" Xboleh. Nnti abang Aiman marah kalau Aiman bawa balik orang yg Aiman xkenal ke umah."
Cis! Budak 4 tahun neh. Kau dah 'pau' aku pastu cakap aku neh orang yang xdikenali. Lahanat.
Tetap senyum.
"Umah Aiman kt mana?"
"Xboleh cakap."
"Xpe la. Aiman balik umah ati2 ye."
Aiman angguk lalu menghulurkan tangan nya.
"Nak duit ke budak neh." Monolog dalam hati.
Aiman capai tangan aku then salam. Terkesima seketika.
"Terima kasih kak. Aiman sayang kak."
Aiman berlalu pergi. Aku masih kaku. Mata ku masih memerhati Aiman berlalu.
"Selamat jalan Aiman." Bisik ku sendirian. Lalu berlalu pulang~



Suatu ketika di rumah..
"Eh, macam mana boleh org guna kad kredit abah time kad kredit abah ilang?"
Aku senyum sendirian~