Monday, August 12, 2013

Steamed Chocolate Cake Simple

Hari ini saya ingin berkongsi resepi chocolate cake yang senang. resepi asal saya dapat dari internet tapi diolah sedikit mengikut kepala sendiri. resepi neh senang dan menggunakan bahan yang mudah didapati. 


Steamed Chocolate Cake Simple

Bahan-bahan :
100 gram serbuk koko*
250 gram gula kastor*
400 gram susu cair*
200 gram minyak masak*
250 gram susu pekat*
4 biji telur
150 gram tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)

Cara-cara :
1.        Satukan bahan-bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau di atas dapur hingga sebati tetapi tak perlu hingga mendidih.
2.       Pukul telur sampai kembang.
3.       Masukan bahan yang telah dimasak tadi ke dalam telur yang telah kembang dan pukul hingga sebati.
4.       Masukkan tepung gandum dan baing powder ke dalam bahan yang dipukul dan pukul dengan perlahan sehingga sebati.
5.       Apabila semua bahan telah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan kukus.

Bahan-bahan ganache :
3 sudu besar susu pekat
100 gram serbuk koko
2 sudu besar mentega
3 susu besar susu cair

Cara-cara :
1.        Masukkan semua bahan di dalam mangku tahan panas.
2.       Masak air sehingga mendidih kemudian perlahankan air dan masak bahan ganache menggunakan teknik double boiled.
3.       Tuang di atas kek yang disejukan tadi.    Hias mengikut citarasa yang disukai dan sejukkan sebelum dihidangkan pada tetamu.


sila abaikan pizza tuh ye. Texture cake lembut tapi tak melekat. Rasa cake sedap dan dapat pujian dari family dan tetamu. *bangga*
Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment