Wednesday, August 21, 2013

Perlaksanaan CCRIS - Peminjam PTPTN.

Kenapa nak kena bantah kerajaan laksanakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN?

Mengikut akal cetek aku, setiap pinjaman haruslah dibayar balik khususnya dalam Islam sebab Islam sangat menekankan pembayaran balik setiap hutang-piutang. So, aku xrasa benda neh xreleven. Kalau rasa xmampu nak bayar sekaligus, guna la kaedah potongan gaji ke, pembayaran jumlah minimum secara konsisten ke, janji pembayaran hutang PTPTN selesai walaupun ambik masa. Kau kena ingat hutang kau bawa ke mati oi.

Masalah mahasiswa xde pekerjaan atau income, banyak je pekerjaan cuma segelintir mahasiswa yang choosy sangat, konon nak kerja yang setimpal dgn ijazah yang dia dapat, memang susah la kalau macam tuh. Bukan saja xmampu nak bayar hutang, nak makan sendiri pon xlepas dan harapkan mak bapak lagi.  Kenapa kau xboleh kerja je ape yang kau dapat dan bila ada opportunity, grab la. Aku pernah je kerja kat kantin sekolah dgn gaji ciput je.

Lagi satu, kalau kau dah banyak hutang, still ada hati nak tambah hutang bagai, pastuh nak bayar pon kena kejar merata alam, nak kena korek kau sampai ke lubang cacing, mmg blacklist makan dia.

Kalau rasa susah sangat nak bayar hutang PTPTN, ape kata kau study betul-betul pastuh dapat CGPA 3.5 keatas terus xpayah bayar hutang PTPTN sebab dah jadi biasiswa. Kalau rasa susah, xpayah pinjam je la. Bagi peluang pada generasi lain manfaatkan hutang tuh dengan lebih baik. Kenapa aku suruh kau jangan pinjam, sebab kau la golongan pemalas bayar bagi masalah pada golongan yang rajin bayar.

Bila jadi macam neh, ade orang cakap dulu nak bagi pendidikan percuma kau, kau, dan kau xnak. aku terfikir, betul ke ada pendidikan percuma? Masuk tandas awam, diulangi tandas AWAM, pon still kena bayar walhal awam tuh maksudnya penggunaan percuma pada masyarakat. Aku bukan penyokong mana-mana pihak ye. Jadi, aku rasa macam xreleven pulak pendidikan percuma tuh. Bagi aku, apa yang percuma ialah air hujan yang turun dari langit, udara yang aku sedut di atas darat (tong oksigen untuk menyelam tuh mahal kot), dan flora dan fauna. Setiap yang percuma pasti ada yang ada yang perlu dibayar lebih sebab nak imbangkan budget negara.

# tuh pandangan aku je la.. kalau rasa ade maklumat aku yang salah, minta tunjuk ajar. aku xkata kat sapa-sapa ye..

No comments:

Post a Comment