Sunday, April 8, 2012

untuk awak.

assalamualaikum..
salam perpisahan dari saya buat awak. mungkin sudah suratan takdir kita tak dijodohkan bersama. sepanjang perkenalan kita, saya akui saya banyak menyakitkan hati awak. saya sedar diri saya serba kekurangan dan awaklah insan yang selalu berada disisi saya tika suka dan duka. benar kata orang bahawa kita tak akan sedar bertapa berharganya nilai seseorang apabila dia di sisi kita dan apabila kita sedar akan hakikat itu, semuanya dah terlambat. kehilangan awak banyak mengubah diri saya. saya akui saya seorang yang ego, bongkak, keras kepala dan banyak menyusahkan awak. awak tetap sabar menghadapi kerenah saya walaupun kadang-kadang bagi awak biarlah awak yang susah asalkan awak dapat melihat saya tersenyum. awak tahu kan saya tidak pandai membuat keputusan. setiap keputusan yang saya buat hasilnya akan menyebabkan saya sendiri kesusahan dan hanya ada awak yang selalu menyelesaikan masalah saya. saya benci awak memaksa saya walaupun setiap paksaan awak tersirat pelbagai kebaikan untuk saya. saya tidak suka dengar awak marahkan saya tapi tanpa saya sedar setiap amarah awak mengandungi pengajaran kepada saya. saya rimas bila awak kawal saya walaupun saya sedar apa yang awak lakukan hanya untuk mengelakkan saya menjadi buah mulut orang lain. saya tidak matang kan? awak selalu ada di saat saya perlukan awak tapi saya acapkali tiada untuk awak. kini, saya dah sedar akan kelemahan saya namun kesedaran saya dah terlambat. andainya suatu hari nanti awak membaca coretan saya ini, hanyalah maaf yang mampu saya pinta dari awak. terima kasih kerana awak pernah menjadi sebahagian daripada saya. terima kasih atas pengorbanan awak yang tak sempat saya hargai. sesungguhnya saya begitu khilaf di saat itu. cuma saya permintaan yang saya pinta daripada awak, seandainya suatu hari nanti saya bersedih, izinkan saya untuk terus mengingati detik-detik kita bersama sebagai pengubat hati. saya doakan awak berbahagia di sana.

salam sayang,
saya...

No comments:

Post a Comment