Tuesday, March 27, 2012

Aku..

" kalau dah macam tuh, terima je lah. bukan susah sangat pun. lagipon banyak laki yang nk kenal kau. kau je yang suka butakan mata, bodohkan diri sendiri.."

Memang la mudah bagi orang lain untuk menuturkan kata-kata sebegitu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bodohkah aku sekiranya aku menyayangi seseorang yang telah aku anggap Mr. Right aku? Butakah mata aku sekiranya aku hanya nampak dia saja? Salah aku kah atau aku yang tak pernah nampak keikhlasan dia? 


" buat apa lagi dikenang orang yang macam tuh, cuba belajar terima orang lain dalam hidup kau.."


Hati aku bukan la hotel yang boleh sesuka hati je check in macam punch card kerja. Hati aku terluka. Bukan semua orang nampak, bukan semua orang rasa, bukan semua orang dengar. Hati aku dah tak nak terima sesiapa pon dah. sumpah! Hati aku tinggal separuh. Sekadar mampu untuk aku rasa apa itu sakit, sedih, kecewa, duka, rindu. 


" er, boleh aku tanya ? kenapa sejak kebelakangan ni aku nampak kau macam pendiam. mata kau sebam semacam, muka kau macam pucat je. kau ada masalah ke? "

thanks sebab kau masih lagi nampak aku walaupun aku sendiri dah tak nampak diri aku. thanks sebab ambil berat atau prihatin kat aku. tapi tolong jauhi aku. maaf andai suatu hari kau terbaca entry ni dan tersinggung. bukan aku benci kau tapi aku tak boleh nak berpura-pura suka kan orang lain. sekurang-kurangnya bukan sekarang masanya.

" just be patient, try to make a new step from your past, wake up from your dreams because it never gonna come true,  remember dear, every step you make will bring you to the future not past.."

if in a dream that i can be happy, I'm willing to stay in my dream forever. dream that tears doesn't exist,  dream that everybody respect other person's right.


" kau tak nak jumpa dia ke? bincang baik-baik. settle kan masalah neh. kau sayang dia kan, cuba la pujuk dia.."

aku sayang dia tapi dia tak sayang aku. dah tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan.  aku pun dah penat sayangkan orang yang dah bukan milik aku. sakit x? kau bodoh tanya aku soalan macam tu.

No comments:

Post a Comment