Wednesday, September 11, 2013

Lari Dari Syurga II

Bila start sem baru, mula la kena mengemas balik barang-barang yang tersusun rapi dalam pejabat selama hampir 2 bulan.. Mula dari pakaian sampai la ke buku-buku.. Semua nak kena kemas.. waktu kemas buku-buku, terjumpa la satu buku yang dah lama tersimpan rapi dalam kotak..

"Lari Dari Syurga"..

Damn..

Kaku kejap..

Buang??

Simpan??

Buang??

Simpan??

"Eh, novel baru eh? Bak nk pinjam." kawan aku tetiba minta nk pinjam. Aku tak pasti isi kandungan buku tuh sesuai ke tak tuk kawan aku yang sorang neh.

"Aku baca dulu la nanti kau pinjam." Tuh je yang aku mampu jawab. Aku masukan balik buku tuh dalam kotak.. Aku pergi pejabat balik masukan  buku tuh dalam satu kotak.. Terkubur buku tuh bersama-sama lucky star (kononnya kau yang buat sendiri padahal aku tak caya pon), batu bentuk ala-ala hati (yang kau ambik waktu date dengan ex kau kat cherating), diari pink (yang aku catat semua text aku dan kau), memori aku dan kau, dan suka-suka-duka-duka-duka aku dan kau.

Mana barang yang lain??


Mana??


Dah jadi santapan cik api..


Sekian.


#akubencikau.

Thursday, September 5, 2013

Pulau Pangkor Trip..

Avenue   : Pangkor Island, Perak.
Period   : 2 Days 1 Night
Event    : TF Mart Employee Day
Job      : Event Planner’s Assistant



Having lunch at the first day..

Check-in hotel..

Room's price..


Having a nice walk while others resting at their rooms after a long journey..

 Boats at the beach..

Boats at the beach..

One type of Hornbill Bird. It has white bill compare to normal Hornbill..

Another one White-Beak Hornbill..

A bench for relaxing..

Swimming pool..

Lobby..

Block for honeymoon..

Block for 2 persons..

My block..

Pool for children..

I'm having this before sleep..

Breakfast at the beach..

Banana Boats..

Poparazzi..

Hehe.. Just want to show that the beach sand so beautiful..

Going back to Lumut Jetty at noon..

Fisherman's Village..



There still a lot of picture during the BBQ and karaoke party but not in my phone coz my phone out of battery.



Wednesday, August 21, 2013

Perlaksanaan CCRIS - Peminjam PTPTN.

Kenapa nak kena bantah kerajaan laksanakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN?

Mengikut akal cetek aku, setiap pinjaman haruslah dibayar balik khususnya dalam Islam sebab Islam sangat menekankan pembayaran balik setiap hutang-piutang. So, aku xrasa benda neh xreleven. Kalau rasa xmampu nak bayar sekaligus, guna la kaedah potongan gaji ke, pembayaran jumlah minimum secara konsisten ke, janji pembayaran hutang PTPTN selesai walaupun ambik masa. Kau kena ingat hutang kau bawa ke mati oi.

Masalah mahasiswa xde pekerjaan atau income, banyak je pekerjaan cuma segelintir mahasiswa yang choosy sangat, konon nak kerja yang setimpal dgn ijazah yang dia dapat, memang susah la kalau macam tuh. Bukan saja xmampu nak bayar hutang, nak makan sendiri pon xlepas dan harapkan mak bapak lagi.  Kenapa kau xboleh kerja je ape yang kau dapat dan bila ada opportunity, grab la. Aku pernah je kerja kat kantin sekolah dgn gaji ciput je.

Lagi satu, kalau kau dah banyak hutang, still ada hati nak tambah hutang bagai, pastuh nak bayar pon kena kejar merata alam, nak kena korek kau sampai ke lubang cacing, mmg blacklist makan dia.

Kalau rasa susah sangat nak bayar hutang PTPTN, ape kata kau study betul-betul pastuh dapat CGPA 3.5 keatas terus xpayah bayar hutang PTPTN sebab dah jadi biasiswa. Kalau rasa susah, xpayah pinjam je la. Bagi peluang pada generasi lain manfaatkan hutang tuh dengan lebih baik. Kenapa aku suruh kau jangan pinjam, sebab kau la golongan pemalas bayar bagi masalah pada golongan yang rajin bayar.

Bila jadi macam neh, ade orang cakap dulu nak bagi pendidikan percuma kau, kau, dan kau xnak. aku terfikir, betul ke ada pendidikan percuma? Masuk tandas awam, diulangi tandas AWAM, pon still kena bayar walhal awam tuh maksudnya penggunaan percuma pada masyarakat. Aku bukan penyokong mana-mana pihak ye. Jadi, aku rasa macam xreleven pulak pendidikan percuma tuh. Bagi aku, apa yang percuma ialah air hujan yang turun dari langit, udara yang aku sedut di atas darat (tong oksigen untuk menyelam tuh mahal kot), dan flora dan fauna. Setiap yang percuma pasti ada yang ada yang perlu dibayar lebih sebab nak imbangkan budget negara.

# tuh pandangan aku je la.. kalau rasa ade maklumat aku yang salah, minta tunjuk ajar. aku xkata kat sapa-sapa ye..

Monday, August 12, 2013

Steamed Chocolate Cake Simple

Hari ini saya ingin berkongsi resepi chocolate cake yang senang. resepi asal saya dapat dari internet tapi diolah sedikit mengikut kepala sendiri. resepi neh senang dan menggunakan bahan yang mudah didapati. 


Steamed Chocolate Cake Simple

Bahan-bahan :
100 gram serbuk koko*
250 gram gula kastor*
400 gram susu cair*
200 gram minyak masak*
250 gram susu pekat*
4 biji telur
150 gram tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)

Cara-cara :
1.        Satukan bahan-bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau di atas dapur hingga sebati tetapi tak perlu hingga mendidih.
2.       Pukul telur sampai kembang.
3.       Masukan bahan yang telah dimasak tadi ke dalam telur yang telah kembang dan pukul hingga sebati.
4.       Masukkan tepung gandum dan baing powder ke dalam bahan yang dipukul dan pukul dengan perlahan sehingga sebati.
5.       Apabila semua bahan telah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan kukus.

Bahan-bahan ganache :
3 sudu besar susu pekat
100 gram serbuk koko
2 sudu besar mentega
3 susu besar susu cair

Cara-cara :
1.        Masukkan semua bahan di dalam mangku tahan panas.
2.       Masak air sehingga mendidih kemudian perlahankan air dan masak bahan ganache menggunakan teknik double boiled.
3.       Tuang di atas kek yang disejukan tadi.    Hias mengikut citarasa yang disukai dan sejukkan sebelum dihidangkan pada tetamu.


sila abaikan pizza tuh ye. Texture cake lembut tapi tak melekat. Rasa cake sedap dan dapat pujian dari family dan tetamu. *bangga*
Selamat mencuba.




Tuesday, August 6, 2013

Juadah berbuka 6/8/2013

hari neh berbuka simple-simple je.. 
penat mengemas rumah seharian..
menu berbuka hari neh nasi minyak, ayam percik, asam pedas ikan pari ala melaka dan sayur sawi masak sos tiram bersama-sama jus oren.kat bawah ada resepi untuk dicuba. :

Nasi Minyak
Bahan-bahan
4 cawan beras, bersihkan dan tos
1/4 cawan minyak sapi
2 biji bwg putih,dicincang
2 biji bwg besar,dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji lada putih,ditumbuk
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair/fresh milk
2-3 titik pewarna kuning
1/2 cawan kismis
3 helai daun pandan

Cara-cara

Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.

Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.

Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul-betul masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Ayam Percik ala Kelantan

Bahan-bahan
1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa atau asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.

angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing-masing.



Sawi Masak Sos Tiram

Bahan-bahan
Bahan Sayuran. 
Sawi cina - 4 pokok

Bahan Kuah
Bawang Putih - 5-6 ulas 
Cili padi - 4-6 biji 
Sos Tiram - 5 Sudu Besar 
Air - ½ cawan 
Tepung jagung - 1 sudu besar 
minyak masak 

Cara-cara 
 Rebus air yang dicampur setitik minyak sehingga mendidih. 
 Masukkan sayur sawi cina, tunggu sedikit layu. 
 Keluarkan dan toskan air nya dan boleh disusun didalam mangkuk. 
 Tumbuk lumat bawang putih dan cili padi. 
 Tumis seketika, dan masukkan sos tiram. 
 Kacau sebati dan tambahkan sedikit air.kacau sekali lagi. 
 Bancuh tepung jagung dan dimasukkan dalam kuah sos tiram tadi untuk memekatkannya. 
 Curahkan sos yang telah masak keatas sawi cina yang telah disusun diatas mangkuk.



time for making cookies..selamat mencuba =)